Thursday, August 6, 2009

Syarat bahagia…


Assalamualaikum

Puas juga la cari syarat-syarat bahagia kat internet,,, macam-macam jumpa…. Tak tahu la yang mana satu yang sahih,,,,ikut pandangan masing-masing juga kan?? Cari punya cari,,,saya jumpa satu blog yang cerita pasal bahagia,,,saya pun ambillah,,,nak tengok pandangan orang lain….mana tahu dapat ilham kan??? Inilah pandangan daripada blog tersebut….


Sukarkah untuk mengecapi kebahagiaan? Jawapannya adalah 'TIDAK', jika anda mengikuti petua-petua ini. Menurut peribahasa masyarakat India 'Bantulah perahu saudaramu menyeberangi lautan dan kamu sendiri akan sampai keseberang'. Bantuan yang diberikan akan memberi kesenangan untuk orang lain dan diri kita sendiri. Kebahagiaan seperti juga pewangi. Anda semburkan pada orang lain, nikmat keharumannya turut anda kecapi juga.

Abraham Lincoln pernah berkata, "Kebahagiaan adalah sebahagian daripada fikiran. Kebahagian fikiran tergambar melalui kebahagiaan hidup anda."

Sekiranya anda gembira melakukan sesuatu yang anda terpaksa melakukannya, itu adalah satu kebahagiaan. Begitu juga apabila anda melakukan pekerjaan dengan bersungguh hati, penuh minat dan keseronokan, anda juga akan berasa bahagia.

Anda tentu tidak mengecapi kepuasan penuh apabila melakukan suatu tugasan dengan mudah. Tetapi apabila anda berjaya melunaskan sesuatu yang sukar, yang menuntut usaha yang terbaik, sudah pasti berasa puas dan bahagia, bukan?

Anda juga akan berasa bahagia apabila terdapatnya hubungan harmoni dengan orang di sekeliling. Sikap baik hati, suka membantu, bertolak ansur, memahami dan menyanyangi akan mengeratkan lagi hubungan serta membolehkan anda menikmati hidup dengan lebih menyeronokkan.

Senyuman seorang bayi, surat daripada seorang rakan, nyanyian burung dan cahaya yang terpancar di jendela – semuanya kelihatan kecil, tapi di dalam hati anda tentu berbunga gembira, bukan? Kadang-kadang nikmat kegembiraan itu amat sukar di tafsirkan, Cuma mereka yang merasainya sahaja dapat menikmati makna kegembiraan sebenar.

Kebahagiaan itu sebenarnya tidak sukar untuk dikecapi, dengan syarat kita hendaklah percaya bahawa "Semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan cinta kepada yang Maha Esa." Jumpa lagi. Adioss…

Sumber: http://www.jimieray.com/blog/mlm-sebenar/2007/11/02/syarat-untuk-hidup-bahagia.html

Bagi saya, semua pandangan tu betul,,,bahagia yang sebenar adalah bila kita gembira melakukan sesuatu dan apabila apa yang kita lakukan itu,memperoleh hasil seperti yang kita mahukan,,,andai kata kita tak Berjaya, mungkin itu dugaan untuk kita…mulanya mungkin kita rasa kecewa,,,tapi, disebalik kekecewaan itu timbul pelbagai hikmah yang tanpa kita sedar mendewasakan kita,,,,dan akhirnya kemanisan bahagia itu dapat kita rasa….semua otang sedar bahawa bahagia takkan selamanya,,,bahagia yang kekal adalah di akhirat sana….untuk bahagia di akhirat, kena bahagia di dunia,,,kerana dunia tempat kita beramal untuk bekalan ke akhirat,,,macam mana nak beramal kalau hati rasa tak senang???buat benda semua tak kena???

teringat saya pada pertanyaan mak saya waktu saya lewat menunaikan solat zohor sebab ralit sangat buat kerja, mak Tanya macam ni 'awak nak bahagia kat mana???dunia ke akhirat??' terkedu jugaklah dengar kan,,, saya fikir sekejap,,,sebelum jawab,,, 'mestilah dua-dua'…. Lepas tu,,,mak cakap,,,'taw pun,,, nak bahagia dunia akhirat, tapi,,,dah dekat asar tak solat zohor lagi??' saya pun cepat-cepat masuk dan ambil wudhuk untuk solat…..rasa berdosa tetap ada sebab dah melewatkan solat….

Saya nak bawa anda berfikir, yang bahagia itu datang dari usaha kita sendiri,,,,maksudnya,,,nak bahagia dunia dan akhirat,,,kenalah bersungguh-sungguh jalankan perintah Allah,,,dan dengarlah nasihat mak….sebab selalunya apa yang mak cakap,,,untuk kebaikan kita…. Kunci kebahagiaan adalah ketenangan hati…. Ketenangan hati hanya diperoleh daripada mengingati Allah….selagi kita ingat Allah, insyaALLAH hati kita akan tenang sebab semua yang ada pada kita datang dari ALLAH…

0 comments: