Wednesday, August 5, 2009

mencari bahagia....


Manusia bahagia bila
dia mampu membuka mata
untuk menyedari bahawa
dia memiliki banyak keistimewaan bererti

manusia mampu bahagia bila
dia mahu membuka mata hati

untuk menyedari bahawa
dia disayangi dan dicintai

manusia akan bahagia bila
dia membuka pintu hati
agar orang lain dapat menyayangi
dan mencintainya dengan ikhlas

manusia tidak bahagia
kerana tidak mahu membuka mata hati
berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih
memaksa untuk mendapatkan apa yang diinginkan
dan tidak mahu mensyukuri apa yang ada

manusia buta kerana egois
tidak tahu bahawa dia begitu disayangi dan dicintai
tidak sedar bahawa apa yang ada saat ini adalah terbaik
selalu berusaha mencari dan mencari
kerana tidak pernah puas....


Fikir-fikirkan apa yang anda boleh dapat dari puisi ni....
semua orang ada pandangan masing-masing
,,,apa yang penting,,,bagaimana kita mampu menerima pandangan dan menyimpannya jauh disudut hati serta beramal dengan ilmu itu...

bahagia juga adalah hati yang sentiasa tenang dalam menghadapi dugaan dalam hidup,,,,redha dan bersyukur atas apa yang kita nikmati,,,

0 comments: