Friday, August 14, 2009

Tips-tips bahagia

Sepanjang post yang saya hantar semua cakap pasal bahagia adalah dengan mengingati Allah, jadi,,,saya bawakan sebuah cerita dan panduan untuk bahagia,,,cara yang kita boleh buat untuk mengingati ALLAH agar kita dalam lingkungan bahagia…..InsyaAllah…….

MENGINGATI ALLAH

PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu Rasulullah s.a.w menjawab baginda baru saja menerima wahyu (ayat 191 hingga 195 surah Ali-Imran).

Apakah kandungan ayat berkenaan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.


Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan Allah, Allah, Allah, pada setiap masa?

Sebenarnya apa yang dituntut Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:

 Untuk mencari matlamat Allah;

 Dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan

 Meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.

Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?

Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi.

Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan Allah bukan sia-sia. Kemudian mereka berdoa supaya 'selamatkanlah' diri mereka daripada api neraka.

Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka.

Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita sudah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah?

Banyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan.

Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah. Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Kita sedar kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan.

Cuba kita fikirkan mengenai kegagalan yang dialami di dunia ini. Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita berasa malu dan terhina.

Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa malu dan hina. Apa lagi orang yang didapati bersalah dan dihukum masuk penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi.

Jadi satu ciri azab akhirat ialah kehinaan. Kita terhina di hadapan seluruh manusia, di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Bukankah ini merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah dalam pengertian sebenarnya?

Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti. Lebih berat daripada segala bentuk kehinaan di dunia.

Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.

Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya ialah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu (ketika wahyu diturunkan).

Ini kerana sungai satu nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang.

Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan kenikmatan yang tidak terhingga itu. Malah Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa nikmat di syurga Allah adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Itulah nikmat dan kejayaan sebenar.

Apakah yang perlu kita fikirkan? Sebenarnya perkara yang disebutkan di dalam ayat di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan. Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud: "Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:

 Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.

 Waktu untuk dia bermuhasabah terhadap dirinya.

 Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan Allah.

 Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.

Adakah kita sudah memikirkan mengenai empat perkara di atas ataupun kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan mengenai perkara yang keempat.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat sahaja. Rugilah dan malanglah kita.

Tuesday, August 11, 2009

bahagia vs derita....


baru-baru ni, saya balik rumah kakak saya, jumpa mak, abah, semua kakak-kakak saya, seorang adik saya dan anak-anak saudara saya,,, senang cakap, berkumpul dengan keluarga laa... saya dapat rasakan bahagia tu,,, berkumpul ramai-ramai, walaupun tak semua ada,,,tapi bahagia tetap terasa, dan saya nikmati dengan rasa syukur.... alhamdulillah... walaupun jumpa kakak sekejap je, sebab husband dia ada kerja, tapi tetap seronok sebab dah lama tak jumpa dia dan anak-anak dia....yang comel-comel semua.... saya rasa bahagia dapat jumpa orang-orang yang saya sayang...dan saya sangat-sangat berharap ia kekal ke akhir hayat saya....

pagi ahad tu,,,abang ipar beli paper,, bukak pancaindera laa... tapi,saya terus ke ruangan di celah-celah kehidupan (dcck) yang memaparkan kisah hidup pembaca setianya yang sudi berkongsi pengalaman...saya memang suka betul baca masalah orang....tajuknya saya dah tak berapa ingat, tapi,,, yang pasti ia adalah penderitaan seorang anak kerana ayahanda tersayang berubah hati kepada wanita lain, bukan lagi kasih dan sayangkan ibunda tercinta.... kebahagiaan yang dulu dikecapi hilang dalam sekelip mata.... saya seperti dapat merasakan bagaimana perasaan si anak itu....sedih, terkilan, kecewa dan segala perasaan negatif bersarang dalam diri,,, ini disebabkan dia masih mendambakan kebahagiaan itu...

perlahan-lahan sikap ayahnya berubah dan semakin lama rasa sayang dan bahagia itu makin luput dari hidupnya....anak mana yang bahagia melihat ayah yang tidak senang duduk di rumah... ayah yang hanya pulang ke rumah untuk menukar pakaian...namun begitu, ibunya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan taat... walaupun si ayah pulang lewat,, ibu tetap tunggu untuk membuka pintu,,,seandainya ayah belum makan malam, selewat mana pun, ibu tetap masak untuk ayah jika disuruh,,,, anak mana yang sanggup melihat pengorbanan seorang ibu yang setia disia-siakan oleh ayah yang telah hilang rasa sayangnya terhadap keluarga? paling menyedihkan gadis ini adalah apabila ayahnya sanggup menceraikan ibu pada usia ibu lima puluh tahun dan mungkin juga usia perkahwinan yang berpuluh tahun.... mana silapnya ibu?? mengapa ayah berubah hati pada yang lain.....bahagia telah berubah menjadi derita....bahagia lari bersama ayah yang tidak lagi menyedari kehadirannya sangat dinanti keluarga yang pernah bahagia dulu....alangkah mudahnya bahagia dihakis derita....jangan kita fikirkan salah siapa, fikirkan bagaimana bahagia yang dulu berjaya menampar derita mampu kita gapai semula agar bahagia sentiasa memenuhi ruang yang ada.....mungkin untuk selamanya....

Friday, August 7, 2009

bahagiakah kita???



bagi saya, kita akan bahagia apabila kita mampu membahagiakan orang lain.... saya ada terfikir jugak,,,betul ke macam tu??? yela kan,,,kadang-kadang kita ada jugak rasa macam cemburu dengan kebahagiaan orang lain,,,,lagi satu,,,mampukah kita rasa bahagia melihat orang yang kita sayang bahagia dengan orang lain??? aduhai,,,sakit sangat-sangat rasanya bila yang kita sayang tu bahagia,,,bukan dengan kita pulak tu....tapi,,,bila kita melihat dia bahagia, seandainya benar kita mencintai dia,,,,lama kelamaan kita akan rasa redha dengan apa yang terjadi,,,kita akan banyak-banyak ingat Allah...ha....waktu tu lah,,,kita akan sedar yang Allah ada perancangan yang lebih baik,,,dan itu mungkin ujian buat kita,,,untuk tambahkan keimanan kita....katakanlah,,,kita memang bahagia dengan mereka yang kita cintai,, mungkin kita dah lupa syarat bahagia yang sebenar iaitu, mengingati ALLAH yang Esa.... macam mana pulak kita nak tahu bahawa kita ni,,,dalam lingkungan bahagia ke tak....senang je....kalau saya laaa,,,, selagi saya rasa saya sentiasa ingatkan DIA, sentiasa rasa nak dekat dengan DIA, sentiasa fikir betul ke apa yang saya buat pada pandangan DIA, atau adakah saya rasa bersalah pada DIA bila saya buat dosa,,,kat situ,,,ada terselit bahagia yang sangat indah... kerana kita ni sebenarnya adalah hamba-Nya, nama pun hamba,,,kalau tak ada DIA, tiadalah kita...kalau buat salah,mesti rasa takut dengan hukumanNYA....

Bahagia juga adalah kegembiraan yang kita kecapi dalam hari-hari yang kita lalui.
bahagia adalah bila kita sentiasa sihat,,, kalau tak sihat nak buat apa-apa pun susah kan?? kalau dah tak boleh nak buat kerja yang akan menggembirakan kita,,,macam mana nak rasa bahagia...sebab tu saya cakap,,,kita kena bersyukur dengan apa yang kita nikmati,,,baru boleh bahagia....ingat lagi,,,kawan saya main game dan menang, bukan main happy dia,,,sampai melompat-lompat....hahaha....terus kawan saya yang lagi satu cakap,,,,bahagia nyaaa diaa...hah...itulah bahagia,,,,ok....katakanlah kita banyak sangat kerja nak buat dan rasa macam dah tak larat lagi nak buat kerja....mesti kita akan kata,,,,menderitanya rasa....kerja banyak tak siap lagi....bila tak siap,,,,risau laa,,,,bila dah risau,,,tak happy,,,bahagia pun menjauh....betul tak???

jadi,,,kalau kita nak bahagia,,,bergembiralah dan nikmatilah apa yang kita buat dan lalui....walau kadang-kadang hari kita mendung,,,tapi,,,kita boleh menggembirakan hati dengan menceriakan hari orang lain....siapa tahu senyuman manis orang lain tu,,,,mampu mencerahkan hari kita yang mendung tu,,,,setakat ni dulu,,,sebab kejap lagi,,,Insyaallah nak jumpa dengan family tercinta.....nak nikmati bahagia....hehehhe

Thursday, August 6, 2009

Syarat bahagia…


Assalamualaikum

Puas juga la cari syarat-syarat bahagia kat internet,,, macam-macam jumpa…. Tak tahu la yang mana satu yang sahih,,,,ikut pandangan masing-masing juga kan?? Cari punya cari,,,saya jumpa satu blog yang cerita pasal bahagia,,,saya pun ambillah,,,nak tengok pandangan orang lain….mana tahu dapat ilham kan??? Inilah pandangan daripada blog tersebut….


Sukarkah untuk mengecapi kebahagiaan? Jawapannya adalah 'TIDAK', jika anda mengikuti petua-petua ini. Menurut peribahasa masyarakat India 'Bantulah perahu saudaramu menyeberangi lautan dan kamu sendiri akan sampai keseberang'. Bantuan yang diberikan akan memberi kesenangan untuk orang lain dan diri kita sendiri. Kebahagiaan seperti juga pewangi. Anda semburkan pada orang lain, nikmat keharumannya turut anda kecapi juga.

Abraham Lincoln pernah berkata, "Kebahagiaan adalah sebahagian daripada fikiran. Kebahagian fikiran tergambar melalui kebahagiaan hidup anda."

Sekiranya anda gembira melakukan sesuatu yang anda terpaksa melakukannya, itu adalah satu kebahagiaan. Begitu juga apabila anda melakukan pekerjaan dengan bersungguh hati, penuh minat dan keseronokan, anda juga akan berasa bahagia.

Anda tentu tidak mengecapi kepuasan penuh apabila melakukan suatu tugasan dengan mudah. Tetapi apabila anda berjaya melunaskan sesuatu yang sukar, yang menuntut usaha yang terbaik, sudah pasti berasa puas dan bahagia, bukan?

Anda juga akan berasa bahagia apabila terdapatnya hubungan harmoni dengan orang di sekeliling. Sikap baik hati, suka membantu, bertolak ansur, memahami dan menyanyangi akan mengeratkan lagi hubungan serta membolehkan anda menikmati hidup dengan lebih menyeronokkan.

Senyuman seorang bayi, surat daripada seorang rakan, nyanyian burung dan cahaya yang terpancar di jendela – semuanya kelihatan kecil, tapi di dalam hati anda tentu berbunga gembira, bukan? Kadang-kadang nikmat kegembiraan itu amat sukar di tafsirkan, Cuma mereka yang merasainya sahaja dapat menikmati makna kegembiraan sebenar.

Kebahagiaan itu sebenarnya tidak sukar untuk dikecapi, dengan syarat kita hendaklah percaya bahawa "Semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan cinta kepada yang Maha Esa." Jumpa lagi. Adioss…

Sumber: http://www.jimieray.com/blog/mlm-sebenar/2007/11/02/syarat-untuk-hidup-bahagia.html

Bagi saya, semua pandangan tu betul,,,bahagia yang sebenar adalah bila kita gembira melakukan sesuatu dan apabila apa yang kita lakukan itu,memperoleh hasil seperti yang kita mahukan,,,andai kata kita tak Berjaya, mungkin itu dugaan untuk kita…mulanya mungkin kita rasa kecewa,,,tapi, disebalik kekecewaan itu timbul pelbagai hikmah yang tanpa kita sedar mendewasakan kita,,,,dan akhirnya kemanisan bahagia itu dapat kita rasa….semua otang sedar bahawa bahagia takkan selamanya,,,bahagia yang kekal adalah di akhirat sana….untuk bahagia di akhirat, kena bahagia di dunia,,,kerana dunia tempat kita beramal untuk bekalan ke akhirat,,,macam mana nak beramal kalau hati rasa tak senang???buat benda semua tak kena???

teringat saya pada pertanyaan mak saya waktu saya lewat menunaikan solat zohor sebab ralit sangat buat kerja, mak Tanya macam ni 'awak nak bahagia kat mana???dunia ke akhirat??' terkedu jugaklah dengar kan,,, saya fikir sekejap,,,sebelum jawab,,, 'mestilah dua-dua'…. Lepas tu,,,mak cakap,,,'taw pun,,, nak bahagia dunia akhirat, tapi,,,dah dekat asar tak solat zohor lagi??' saya pun cepat-cepat masuk dan ambil wudhuk untuk solat…..rasa berdosa tetap ada sebab dah melewatkan solat….

Saya nak bawa anda berfikir, yang bahagia itu datang dari usaha kita sendiri,,,,maksudnya,,,nak bahagia dunia dan akhirat,,,kenalah bersungguh-sungguh jalankan perintah Allah,,,dan dengarlah nasihat mak….sebab selalunya apa yang mak cakap,,,untuk kebaikan kita…. Kunci kebahagiaan adalah ketenangan hati…. Ketenangan hati hanya diperoleh daripada mengingati Allah….selagi kita ingat Allah, insyaALLAH hati kita akan tenang sebab semua yang ada pada kita datang dari ALLAH…

Hakikat bahagia…

Bahagia itu dari dalam diri

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati

Bertakhta di kerajaan diri

Terbenam bagai mutiara di lautan nurani


Bahagia itu ada di jiwa

Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman

Ketahuilah dengan mengingati Allah

Jiwa kan menjadi tenang



C/O :

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa


Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu

Adalah ketenangan


Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi

Itulah zikir yang hakiki

saya pun dah tak tahu nak tulis apa,,,sebab bagi saya,, lagu UNIC ni dah cukup memberi pengertian, hakikat bahagia yang sebenar....cukuplah tu,,,lagipun,,kalau saya nak cakap panjang-panjang pun macam tak guna je,,,sebab,,,,masing-masing pun boleh faham maksud lagu ni kan??? bukan apa,,,kadang-kadang kalau kita asyik sangat nak terangkan,,orang jadi bosan,,,sebab mereka pun boleh mendalami sendiri maksud tersurat dan tersirat lagu tu...jadi, biarlah bait-bait lagu ni membuka mata hati dan minda kita supaya berfikir....insyaAllah itu lebih baik,jika kita mahu mengerti....


Wednesday, August 5, 2009

mencari bahagia....


Manusia bahagia bila
dia mampu membuka mata
untuk menyedari bahawa
dia memiliki banyak keistimewaan bererti

manusia mampu bahagia bila
dia mahu membuka mata hati

untuk menyedari bahawa
dia disayangi dan dicintai

manusia akan bahagia bila
dia membuka pintu hati
agar orang lain dapat menyayangi
dan mencintainya dengan ikhlas

manusia tidak bahagia
kerana tidak mahu membuka mata hati
berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih
memaksa untuk mendapatkan apa yang diinginkan
dan tidak mahu mensyukuri apa yang ada

manusia buta kerana egois
tidak tahu bahawa dia begitu disayangi dan dicintai
tidak sedar bahawa apa yang ada saat ini adalah terbaik
selalu berusaha mencari dan mencari
kerana tidak pernah puas....


Fikir-fikirkan apa yang anda boleh dapat dari puisi ni....
semua orang ada pandangan masing-masing
,,,apa yang penting,,,bagaimana kita mampu menerima pandangan dan menyimpannya jauh disudut hati serta beramal dengan ilmu itu...

bahagia juga adalah hati yang sentiasa tenang dalam menghadapi dugaan dalam hidup,,,,redha dan bersyukur atas apa yang kita nikmati,,,

percubaan pertama....


assalamualaikum...

saya amat berharap agar blog yang saya dan kawan-kawan buat ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu,,kerana tujuan blog ini adalah untuk berkongsi rasa dan pengetahuan...
sebenarnya,,, ini permulaan,,, baru cuba-cuba nak create blog,,kami amat berharap DR. BUSHRO berpuas hati dengan hasil nukilan perasaan kami ini,,,

atas persetujuan semua,(tugasan berkumpulan)...kami memilih tajuk 'bahagia' sebabnya kami diminta membuat blog mengenai perasaan-perasaan yang wujud dalam dunia ini, iyelah,,kecerdasan emosi laa katakan...mesti kena bincang pasal emosi kan??? jadi,,,saya masih lagi mencari ilham untuk menulis apa yang ada kaitan dengan perasaan bahagia ni....
sebab tu tajuk post ni,,percubaan pertama...yang pertama selalunya susah nak dilupa....