Bahagia sangat penting dalam kehidupan setiap manusia terutama kepada para pelajar yang sedang meningkat usia dan sangat memerlukan perhatian daripada keluarga tersayang.
antara kepentingan bahagia kepada seorang pelajar adalah mereka dapat menimba ilmu dengan mudah dan bersemangat. memetik kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, orang yang berjaya adalah orang yang bahagia. seseorang yang berada dalam lingkungan bahagia tentunya berasa sangat bersemangat untuk belajar disebabkan mereka mendapat inspirasi daripada keluarga mereka.
selain itu, pelajar yang bahagia akan mengurangkan masalah sosial. ini kerana, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang hanya akan merosakkan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi.
kebahagiaan juga akan melahirkan personaliti atau peribadi unggul kerana bahagia akan menyebabkan pelajar ingin melakukan yang terbaik untuk membahagiakan mereka yang menyayangi mereka iaitu pelajar itu sendiri.
pelajar yang benar-benar bahagia juga akan merasa ceria selalu dan dapat menghadapi sebarang dugaan dengan tabah dan sabar. Hanya bahagia dapat membuat seseorang ceria dan mampu melakukan segalanya dengan sempurna.
Akhir sekali, keharmonian juga dapat dirasai oleh pelajar yang bahagia. segalanya sangat penting kerana hanya dengan rasa bahagia pelajar dapat menjadi pelajar yang produktif dan berjaya dunia dan akhirat.
Thursday, September 10, 2009
pentingnya bahagia kepada seorang pelajar....
Posted by k.0.S.0.n.g. at 9:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment