perlu ke tulis dalam blog?
Monday, July 5, 2010
hati yang resah
Posted by k.0.S.0.n.g. at 5:16 AM 0 comments
Sunday, June 27, 2010
HIDUP DAN MATI KERANA ALLAH
salam. lama sangat agaknya dah tak post apa-apa dan tak bukak pon sebenarnya. Hehe kali ni, saja je nak sharing. Malas pun ade jgak, tp, taka pa, jalan nak berdakwah jugak kan. nak kongsi sikit-sikit je, ape yang saya dapat, mungkin anda dah tahu. anggaplah ingatan. kalau belum, anggap laa benda baru. Kesan zikir kepada otak manusia Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang mudah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Posted by k.0.S.0.n.g. at 9:00 PM 0 comments
Friday, October 23, 2009
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untukmu,
mengenyangkan, berkhasiat,
mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain,
terlalu ingin mengejar kelazatan,
kelak, nasi itu akan basi,
dan kamu tidak boleh memakannya,
kamu akan menyesal,
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa kebaikan kepadamu,
menyayangimu, mengasihimu,
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan orang lain,
terlalu mengejar kesempurnaan,
kelak, kamu akan kehilangannya,
apabila dia menjadi milik orang lain,
kamu juga yang akan menyesal...
jika kamu menadah air,
biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan,
janganlah menganggap ia begitu teguh,
cukuplah sekadar keperluannya,
apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula,
akhirnya ia dibuang,
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat digunakan lagi,
begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya,
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa,
apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya,
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya,
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi, hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....
Posted by k.0.S.0.n.g. at 6:29 PM 0 comments
Tuesday, September 29, 2009
selamat hari raya
salam aidilfitri
maaf zahir dan batin....
semoga
segala salah dan silap dimaafkan...
dan aidilfitri memberi seribu erti tahun ini....
Posted by k.0.S.0.n.g. at 6:26 AM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
implikasi bahagia...
bahagia yang dirasai oleh seorang pelajar pastinya memberi implikasi atau kesan yang baik kepada diri pelajar itu sendiri. antara kesan bahagia terhadap pelajar adalah:
- melahirkan masyarakat yang sejahtera
- menjadikan seorang itu bertanggungjawab dan berkeyakinan
- memudahkan pelajar menerima teguran, pandapat dan nasihat
- dapat berfikir secara rasional
- meningkatkan produktiviti diri
- akan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain
Posted by k.0.S.0.n.g. at 10:17 AM 0 comments
pentingnya bahagia kepada seorang pelajar....
Bahagia sangat penting dalam kehidupan setiap manusia terutama kepada para pelajar yang sedang meningkat usia dan sangat memerlukan perhatian daripada keluarga tersayang.
antara kepentingan bahagia kepada seorang pelajar adalah mereka dapat menimba ilmu dengan mudah dan bersemangat. memetik kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, orang yang berjaya adalah orang yang bahagia. seseorang yang berada dalam lingkungan bahagia tentunya berasa sangat bersemangat untuk belajar disebabkan mereka mendapat inspirasi daripada keluarga mereka.
selain itu, pelajar yang bahagia akan mengurangkan masalah sosial. ini kerana, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang hanya akan merosakkan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi.
kebahagiaan juga akan melahirkan personaliti atau peribadi unggul kerana bahagia akan menyebabkan pelajar ingin melakukan yang terbaik untuk membahagiakan mereka yang menyayangi mereka iaitu pelajar itu sendiri.
pelajar yang benar-benar bahagia juga akan merasa ceria selalu dan dapat menghadapi sebarang dugaan dengan tabah dan sabar. Hanya bahagia dapat membuat seseorang ceria dan mampu melakukan segalanya dengan sempurna.
Akhir sekali, keharmonian juga dapat dirasai oleh pelajar yang bahagia. segalanya sangat penting kerana hanya dengan rasa bahagia pelajar dapat menjadi pelajar yang produktif dan berjaya dunia dan akhirat.
Posted by k.0.S.0.n.g. at 9:41 AM 0 comments
tentang bahagia....
Berdasarkan gambar di atas, haiwan juga merasa bahagia apabila bersama dengan ahli keluarganya. ini menunjukkan bukan hanya manusia yang memperoleh bahagia, malah segala makhluk Allah yang bernyawa juga pasti merasai erti bahagia melalui naluri mereka sendiri.
erti bahagia berdasarkan pandangan tokoh-tokoh dan Al-Quran...
Kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al-Quran. Firman ALLAH "ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" Al-Ra'du 28
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia....
-hamka-
Happiness cannot be traveled to, owned, earned, warn or consumed. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace and gratitute.....
-Danis Waitley-
Posted by k.0.S.0.n.g. at 9:06 AM 0 comments